Isnin, 12 Januari 2009

aku yg kehilangan..;-(

created on January 5th, 2007 by nadiahaerani at friendster blog

aku yang kehilangan, dalam diri sendiri terkurung dalm bayangan mu…

sesungguhnya.. ku terlalu terasa kehilanganmu..walaupun hampir setahun lebih engkau telah tiada disisi ku.. namun ku tetap mengingatmu setiap saat..tiada apa..siapa..walauapa jua keadaan yang dapat merubahnya..

sesungguhnya aku terlalu kesal dengan kehilanganmu..sukar untuk ku menerima hakikat bahawa kita tidak akan bertemu,berbual,bermesra,bermanja, bergaduh untuk selama-lamanya…

kenapa hanya seketika sahaja aku hadir dalam hidupmu..tidak sempat aku untuk merasa kasih-sayangmu…belaianmu…yang aku pasti.. tiada siapa yang akan dapat menggantikan tempat mu dihatiku.. itu janjiku…

dulu..jika kau ada.. ku terasa geram untuk melayan kerenahmu.. aku tahu. kau mahukan perhatianku.. tetapi ku penat untuk melayan setiap waktu..

kini.. bila kau meninngalkan aku keseorangan.. baru ku terasa duniaku kini terlalu kosong tanpa dirimu..

malam ku sunyi..tanpa suaramu..tanpa gelakmu..tampa jeritanmu…aku tak tahu sampai bila perasaan ku akan terus begini..
bahagia sungguh dalam mimpiku jika aku dapat bertemu dengan mu..

cukuplah walau sesaatpun aku bermimpi tentangmu..keesokan harinya aku rasa gembira..taatkala seketika kemudian.. aku menagis bila mengenangkan mu…

ku teringat lagi detik perpisahan dengan mu..sukar untuk ku percaya yang kau telah meninggalkanku…ku teras baru semalam kita bersama..dengan tiba2 kau terus meninggalkan ku tanpa sepatah kata..hanya mimik muka mu yang dapat menjelaskan segala-galanya..tetapi pada waktu itu aku masih "mentah" untuk menilai semuanya…

kini bila kau telah pergi..hanya memori kau dan aku yang menjadi semangat…untuk ku teruskan hidup..gambarmu yang sentiasa ku tatap…walaupun kau jauh di sana .. aku tahu.. kau sentiasa mendengar segala doaku dari sini…

10 ulasan:

Sulela berkata...

Errrr...kehilangan sapa sebenarnya ni?huhuhu...suspens je...

dina berkata...

aku pun saspen ni

nadiahaerani berkata...

huhuuuuuhuuuu

cuba korg baca betul2,...mwesti korg tau sapa,,,,;-(

Nursuzry berkata...

aku lak terasa cam nak kelihangan penglihatan mata...punya la kelam kaler dia huhuhu.

nadia ko tukar tulisan dia kaler putih, cam nak termasuk bijik mata aku ni ha.

aku baca 2 kali tapi masih tertanya2 apa yg membuatkan ko terasa kehilangan.

adakah ko kehilangan kekasih?

atau...

[apa yg ko rasa tu itu yg aku rasa, tapi aku x mampu nak terjemahkan dekat sini...sowi!]

Unknown berkata...

hhmmm............

nadiahaerani berkata...

muahhahahahahahha.. mmgla... tgk td aik tulisan pening nak baca.. br ingat nak edit kaler.. sat na....

kekasih watpe..apa barang..kakkakka..
idokkkk bukan kekasih la

Sulela berkata...

Takkan kucing lak kot? Suspens sungguh teka-teki ini...huhuhu

dina berkata...

istimewanya bila kehilangan membuatkan kita pasrah menerima kenyataan hidup...

nadiahaerani berkata...

mmg kena pasrah terima kenayataan hidup..tp nak meneruskan hidup yang sedih;-(

Faz Fazrin berkata...

jiwang rupanya!!